Powered by Blogger.

Followers

Apam Eno

APAM ENO (40 - 50 biji)
Sumber : Zara Klate (dari FP MamaFaMi)

Bahan-bahan :

300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu)
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air (MaDiHa memandai tambah air sikit lagi menjadi 350 ml... tu pasal apam MaDiHa nampak kurang berisi.. tp tersangatlah gebusss..)
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna merah
pewarna hijau

Kaedah penyediaan :

1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak. (MaDiHa tak panaskan acuan.. tapi terus jer isi bancuhan... sorry cikgu.. anak murid derhaka )
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.

Seri Muka




Quote:
SERIMUKA (saiz loyang 28 cm)

Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam

Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
5 s/b rata tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)

5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya

1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.



Pulut Lepa/Pulut Panggang Inti Ikan


















Bahan2

1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.



Sumber: http://mamawandiha.fotopages.com/