Powered by Blogger.

Followers

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Seri Muka




Quote:
SERIMUKA (saiz loyang 28 cm)

Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam

Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
5 s/b rata tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)

5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya

1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.



Pulut Lepa/Pulut Panggang Inti Ikan


















Bahan2

1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.



Sumber: http://mamawandiha.fotopages.com/

Koleh Kacang


BAHAN-BAHAN:

1 kg tepung kacang hijau

200 gm gula merah

200 gm gula pasir

500 ml santan pekat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua (kecuali 500 ml santan) bahan dalam periuk dan kacau hingga likat.Api hendaklah perlahan.

2. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan ia keras.

3. 500 ml santan pekat yang lebih itu dimasukkan dalam kuali.

4. Kacau sehingga ia menjadi tahi minyak.

5. Tuangkan ke atas adunan koleh dalam loyang tadi.

Tok Aji Serban


BAHAN LAPISAN BAWAH:

500 gm beras pulut

750 ml santan

1/2 biji labu (potong kiub)

Sedikit garam


BAHAN LAPISAN ATAS:

10 biji telur ayam

500 ml santan pekat

1 ketul gula merah

125 ml air daun pandan

1/2 biji labu

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bahan lapisan bawah disatukan dan dikukus sehingga masak.

2. Setelah masak, masukkan ke dalam loyang empat segi. Tekan hingga padat.

3. Satukan pula bahan lapisan atas dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Kukus semula sehingga masak.

Pulut Panggang

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut

300 gm kelapa parut

50 gm udang kering

5 tangkai cili merah

3 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 batang serai

Daun pisang

Lidi

Air

Garam


CARA MENYEDIAKAN:

1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus

sehingga pulut masak.

2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.

3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.

4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.

5.Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.

6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.

Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi.

7.Akhir sekali, panggang.

Apam Belanda

BAHAN-BAHAN:

250 ml susu cair

150 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung

40 gm gula halus

Secubit garam

1 sudu kecil yis

2 biji telur

60 gm mentega (cair)

BAHAN ISIAN:

Cip coklat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).

2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.

3. Uli rata hingga sebati. Rehat­kan doh selama sejam. Tutup dengan kain.

4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.

5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.

6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.

7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.

8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.

9. Bila ia mengembang dan ku­ning, angkat.

BINGKA ROTI BERJAGUNG

Sumber : Chef Azimah Mansor (ambil dari FP Kak Rinn)-http://mamawandiha.fotopages.com/

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor (MaDiHa guna 130gm )
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin (setengah tin jer nih.. lebih tu bleh buat kuih lain lak )

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180/175 darj celcius selama lebih-kurang sejam.