Powered by Blogger.

Followers

Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Puteri Ayu

Bahan2 membuat PUTERI AYU:

Bahan2 membuat PUTERI AYU:


4 biji telur yang disimpan di dalam peti sejuk
300 gm gula (diblend halus)
250gm tepung gandum
400 ml air
1 biji kelapa diparut
sedikit kelapa putih yang diparut
10 helai daun pandan
1 sudu teh tepung ubi
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalett
sedikit minyak
sedikit garam
acuan kuih



Cara2 membuatnya:



1. Ayak tepung gandum bersama2 baking powder.ketepi kan dahulu.




2.Sapu rata minyak sekitar bahagian dalam acuan supaya kuih tidak melekat pada permukaan acuan.. kemudian gaulkan kelapa putih bersama sedikit garam + tepung ubi (supaya dia melekat) di dalam sebuah bekas. Tekankan sedikit kelapa secara kemas ke dalam acuan seperti gambar di bawah:



3. Masukkan siap2 acuan ke dalam bekas kukus.



4. Pukul gula + telur sehingga betul2 kembang... masukkan ovalett ( untuk menggebukan adunan)... pukul lagi sehingga betul2 gebu adunan tersebut....






5. Sambil menunggu adunan tadi betul2 berkrim, anda boleh menyediakan santan pekat bersama pandan dengan cara... mula2... potong kecil2 daun pandan tadi. kemudian dengan menggunakan blender hancurkan daun pandan bersama 400 ml air untuk mendapatkan pati pandan.... 1 biji kelapa yang telah diparut tadi letakkan siap2 dia atas penapis...




6. Tuangkan pati pandan tadi ke atas kelapa yang telah diparut tadi... perah bersama2 kelapa tersebut...asingkan hampasnya.

Peringatan: Ada yang menggunakan cara blend sekali kelapa bersama2 pati pandan then baru tapis. kalau wat camtu,nanti kuih anda akan berasa sedikit pahit.. so jangan malas k. haha.


7. Tuangkan pati pandan + santan tadi ke dalam penyukat. tunggu beberapa minit hingga anda nampak 2 lapisan...



8. ok...sekarang korang nampak tak gambar di atas... ada 2 lapisan kan.... untuk pengetahuan korang, lapisan atas adalah pati and lapisan bawah sekali itu adalah air. so kita tak perlukan air nie..

Peringatan: kalau korang terus je masukkan semua2 nie tanpa mengasingkan air + pati, nanti kuih korang mula2 dalam kukus gebu.. tapi bila da angkat... nanti die jatuh and kecut. sebab kandungan air nie watkan kuih tak menjadi.


9. ok...kita HANYA PERLUKAN 250 ml pati. contoh rai bagi untuk amek 250 ml pati nie... sekarang bacaan di penyukat 450 ml kan? so untuk dapat kan 250 ml pati sahaja... kita tolakkan... (450-250 =200 ml)... kita kena tuangkan pati pandan + santan nie sampai bacaan dia menjadi 200 ml.ha.. so kita dapat la 250 ml pati! hehehe.


10. Langkah seterusnya... kaupkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. sambil diselang seli kan dengan pati ke dalam adunan yang telah dipukul gebu tadi.. maknanya buat serentak... wat sedikit2 tau..

Peringatan: jangan wat sekali gus semua tepung masuk sekali..nanti kuih anda bantat.



11. Kacau rata adunan tadi... bila da sebati,baru lah masukkan tepung lagi diselang selikan dengan pati.... buat sampai tepung + pati habis.




12. nie la hasilnya bila campuran adunan + tepung + pati tadi telah betul2 sebati.. kalau nak colour hijau dia kuat,leh la masukan pewarna hijau...




13. Masukkan sedikit ke dalam acuan tadi...




14. Pastikan air sudah menggelegak dalam kukus then baru lah letak k. kukus selama 15-20 minit hingga ia menjadi gebu!!! hik2...


Peringatan: Rajin2 angkat penutup kukus sekali sekala dan buang air nya supaya air yang terperangkap di tutup kukus tak kena kuih kita.









Nie la hasilnya lepas kuih dikeluarkan daripada acuannya... sedap makan masa panas2... pergh... lembut je k.. bahagia sangat2 masuk dalam mulut... hehe....




Kalau minum petang makan kuih nie pun best.. tak pun makan masa breakfast.... fulamak..sedap2... keh2...




Sumber: http://rihannaidzmi.blogspot.com/2009/07/resepi-kuih-puteri-ayu-yang-sedap.html

Kuih Bakar Hijau

Bahan-bahan

  1. 1 mangkuk tepung gandum
  2. 1 mangkuk gula
  3. 1 mangkuk telur
  4. 1 ½ cawan santan
  5. 7 helai daun pandan
  6. sedikit bijan
  7. sedikit minyak sapi

Cara-cara
  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Mesin santan bersama daun pandan kemudian tapis.
  3. Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan santan.
  4. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga rata.
  5. Panaskan acuan yang disapu minyak dalam ketuhar.
  6. Tuangkan adunan dalam acuan dan taburkan bijan.
  7. Bakar hingga masak dengan menggunakan api bawah dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit.

Onde-onde Keledek

Bahan-bahan:

  1. 600g keledek (direbus dengan daun pandan, dikupas dan dilecek)
  2. 4 helai daun pandan (ditembuk dan diperah airnya)
  3. 4 susu makan penuh tepung gandum
  4. 1 ketul gula melaka (dikikis)
  5. 230g kelapa parut dibuang kulit
  6. 1 sudu teh garam (digaul dengan kelapa)


Cara-cara:

  1. Titiskan air perahan dari daun
  2. pandan itu pada keledek lecek dan adunkan.
  3. Campur tepung, sedikit garam dan adun lagi hingga sebati.
  4. Ambil sedikit adunan itu, leperkan dan letakkan sedikit gula Melaka di tengahnya.
  5. Bentukkan bulat-bulat.
  6. Jerang air sehingga mendidih.
  7. Masukkan kuih tadi satu-persatu.
  8. Setelah timbul, angkat dan toskan, kemuduan selaput kuih itu dengan kelapa parut.

Kuih Tako

Bahan-bahannya untuk lapisan bawah:-

1 bungkus tepung hon kwee (tepung
yang dalam paket macam sagun, ada
berbagai warna, so pilih warna hijau)
4 tin air (gunakan tin jagung)
1 cawan gula
1 tin kecil jagung whole kernel - bukan
jagung berkrim

Bahan untuk lapisan atas:-

4 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
4 sudu besar tepung jagung
1 camt gula

Hiasan:-

½ kg sengkuang cina - dipotong dadu

Cara membuatnya:-

  • Letakkan sengkuang cina ke dalam acuan yang telah diperbuat dari daun Pandan bentuk empat segi.
  • Untuk lapisan bawah:
  • campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang dibuat dengan daun pandan.
  • Kemudian buat lapisan bawah pulak...masukkan santan, tepung jagung dan garam ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
  • Kemudian tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Apabila telah siap sejukkan dan simpan dalam peti ais...hmm sungguh sedap...

Apam Tepung Beras/apam eno

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:

Apam tepung beras ni favourite mak akak. Kalau kenduri-kendara tak sah kalau tak buat apam ni. Apamnya lembut dan sedap.Susah nak jumpa resipi ni. Tak ramai orang yang pandai membuatnya. Ramuan istimewa dalam apam ini ialah tapai nasi dan Eno (garam buah-buahan)
Untuk membuat tapai nasi, gunakan nasi yang baru ditanak dan sejukkan. Jangan guna nasi semalam atau yang hampir basi. Ragi pula hendaklah yang masih elok dan cukup kering. Ragi ni tak jual di pasaraya. Cari di pasar biasa,tempat jualan sayur-sayuran kampung. Tanyalah makcik-makcik yang berjualan tu, adatak jual ragi.Satu keping ragi biasanya berharga 50 sen.
Untuk membuat tapai nasi, hancurkan 1/2 keping ragi dengan sudu hingga jadi serbuk.Masukkan nasi ke dalam mangkuk dan taburkan ragi.Gaul dengan sudu hingga sebati.Masukkan dalam bekas bertutup rapat dan peram 2 malam. Tapai yang elok bewarna putih dan airnya manis. Tapai anda tidak menjadi jika warnanya kuning dan rasanya masam.Buangkan tapai ini dan buatlah yang lain.
Bahan-bahan :
(A) - Tapai nasi
2 cawan nasi sejuk
1/2 keping ragi
(B)
3 cawan tepung beras Cap Teratai
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu makan Eno peket biru
3 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna merah, hijau atau kuning
(C)
kelapa parut dan sedikit garam, untuk hiasan
Cara Membuatnya :
1. Untuk membuat tapai nasi, hancurkan ragi hingga jadi serbuk dan taburkan atas nasi. Gaul sebati dengan sudu. Masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan dalam almari. Peramkan 2 malam.
2. Ambil 1 cawan tapai nasi dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama 2 cawan air, garam dan gula.Kisar hingga gula hancur. Tuangkan dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Tepung dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk. Tuangkan air tapai yang telah dikisar tadi. Gaul sebati. Kisar semula dengan menambah 1 cawan air lagi.
4. Tuangkan semula ke dalam mangkuk dan peram 5 - 6 jam. Bancuhan ini elok di buat pagi dan kukus pada sebelah petangnya.
5. Taburkan Eno ke dalam adunan yang telah diperam. Gaul sebati. Masukkan pewarna merah jambu atau warna kesukaan anda. Peram lagi 20 minit sebelum dikukus.
6. Sementara itu, didihkan air dalam pengukus.Panaskan acuan mangkuk kecil. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus 15 minit dalam api yang besar.
7. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Apam ini akan merekah di permukaannya.Hiaskan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam.
Nota : Adunan ini boleh mendapat 30 biji kuih apam.

KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.



Sumber: http://hanieliza.blogspot.com/


Tepung Pasung

Tepung Pasung


BAHAN-BAHAN:

10 helai daun pisang berukuran 22 cm (bulat)

8 batang lidi halus

LAPISAN BAWAH:

100 gm gula merah

40 gm gula pasir

40 gm tepung beras

15 gm tepung gandum

400 ml air

2 helai daun pandan (simpul)

Garam secukup rasa

LAPISAN ATAS:

40 gm tepung beras

22 gm tepung gandum

Secubit kapur (dicampur dengan 1 sudu kecil air)

220 ml santan

Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bentukkan daun pisang seperti kon, sematkan lidi supaya ia kemas.

2. Lapisan bawah; jerang gula merah, gula pasir, dan daun pandan. Bila mendidih dan gula larut, tapiskan ke dalam mangkuk dan biar sejuk.

3. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan garam dengan air gula tadi. Kacau di atas api perlahan hingga hampir pekat.

4. Ketepikan dari api, masukkan 2/3 penuh ke dalam kon daun pisang (tegakkan di dalam pengukus atau guna tempat khas). Kukus selama 10 minit.

5. Lapisan atas; campurkan semua bahan. Tuangkan di atas lapisan bawah kemudian kukus lagi selama 10-15 minit atau hingga masak.

Apam Eno

Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air
500 gram tepung beras
satu sudu teh mauripan
satu sudu teh serbuk Eno
secubit garam
Kelapa parut

Cara:
Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda.
Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja.
Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.

Apam Eno

APAM ENO (40 - 50 biji)
Sumber : Zara Klate (dari FP MamaFaMi)

Bahan-bahan :

300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu)
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air (MaDiHa memandai tambah air sikit lagi menjadi 350 ml... tu pasal apam MaDiHa nampak kurang berisi.. tp tersangatlah gebusss..)
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna merah
pewarna hijau

Kaedah penyediaan :

1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak. (MaDiHa tak panaskan acuan.. tapi terus jer isi bancuhan... sorry cikgu.. anak murid derhaka )
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.