Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air
500 gram tepung beras
satu sudu teh mauripan
satu sudu teh serbuk Eno
secubit garam
Kelapa parut
Cara:
Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda.
Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja.
Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.
Followers
Apam Eno
Apam Eno
APAM ENO (40 - 50 biji)
Sumber : Zara Klate (dari FP MamaFaMi)
Bahan-bahan :
300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu)
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air (MaDiHa memandai tambah air sikit lagi menjadi 350 ml... tu pasal apam MaDiHa nampak kurang berisi.. tp tersangatlah gebusss..)
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna merah
pewarna hijau
Kaedah penyediaan :
1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak. (MaDiHa tak panaskan acuan.. tapi terus jer isi bancuhan... sorry cikgu.. anak murid derhaka )
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.
Seri Muka
Quote: |
SERIMUKA (saiz loyang 28 cm) Bahan Lapisan Bawah 400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu) 17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh) 1 s/k garam Bahan Lapisan Atas 25 oz santan pekat 220gm gula pasir 5 biji telor gred A ½ s/k esen vanilla ¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi) ¼ s/k garam 5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat) 5 s/b rata tepong jagung Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut) 5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe) Cara Membuatnya 1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus. 2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis ) 3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu. 4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas. 5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali. 6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu). 7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit. 8. Sejukkan sebelum dipotong. |
Pulut Lepa/Pulut Panggang Inti Ikan
Bahan2
1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)
Cara Menyediakan
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.
Sumber: http://mamawandiha.fotopages.com/
Koleh Kacang
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung kacang hijau
200 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan pekat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua (kecuali 500 ml santan) bahan dalam periuk dan kacau hingga likat.Api hendaklah perlahan.
2. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan ia keras.
3. 500 ml santan pekat yang lebih itu dimasukkan dalam kuali.
4. Kacau sehingga ia menjadi tahi minyak.
5. Tuangkan ke atas adunan koleh dalam loyang tadi.
Tok Aji Serban
500 gm beras pulut
750 ml santan
1/2 biji labu (potong kiub)
Sedikit garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
10 biji telur ayam
500 ml santan pekat
1 ketul gula merah
125 ml air daun pandan
1/2 biji labu
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan lapisan bawah disatukan dan dikukus sehingga masak.
2. Setelah masak, masukkan ke dalam loyang empat segi. Tekan hingga padat.
3. Satukan pula bahan lapisan atas dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Kukus semula sehingga masak.
Pulut Panggang
1 kg beras pulut
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang
Lidi
Air
Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5.Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi.
7.Akhir sekali, panggang.
Apam Belanda
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
Secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega (cair)
BAHAN ISIAN:
Cip coklat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.
3. Uli rata hingga sebati. Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain.
4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.
5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.
6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.
7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.
9. Bila ia mengembang dan kuning, angkat.
Ayam kampung paling istimewa
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
seleramingguan@utusan.com.my
Foto HARUN OSMAN
MASAKAN kampung sering menjadi pilihan warga kota untuk menikmati sajian tengah hari. Masakan yang ringkas, sedap dan menyelerakan itu mengetengahkan himpunan lauk pauk istimewa dari desa. Bagi pengemar sajian masakan ayam kampung, boleh berkunjung ke Restoran Mat Ayam Kampung yang terletak di Seri Kembangan, Selangor bagi menikmati masakan berkenaan.
Bagi mempromosikan premis yang baru beroperasi sejak dua bulan itu, restoran itu menawarkan promosi istimewa, nasi bungkus standard ayam kampung yang lengkap dengan hidangan nasi putih, sayur campur, ayam goreng kampung, daging cincang dan telur masin dengan harga RM6.00 untuk setiap hidangan.
Bagaimapun, sekiranya pengunjung ingin menikmati juadah berkenaan di restoran berkenaan, harga bagi hidangan yang sama adalah RM6.90 termasuk minuman. Pelanggan bebas untuk menikmati puluhan lauk pauk yang menggunakan ayam kampung sebagai sajian dalam masakan termasuk hidangan ayam goreng, gulai dan sup.
Pemiliknya, Madrosham Muhamad, 40, berkata, antara menu istimewa yang ditawarkan ialah sup ayam kampung yang dimasak secara masakan ala Thai dengan menggunakan bahan-bahan seperti rempah sup bunjut, batang seleri dan tomato. Selain itu, ada juga gulai ayam kampung masak lemak dan ayam goreng kampung yang enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih.
Lauk pauk lain ialah daging cincang, daging kerutup, gulai nangka, kerabu perut, ikan keli dan ikan bakar. Bagi melengkapkan lagi selera makan, ada juga aneka jenis ulam kampung yang boleh dimakan bersama sambal belacan atau sambal tempoyak.
Pelanggan yang datang ke restoran itu mempunyai pilihan untuk menjamu selera iaitu sama ada secara layan diri ataupun dihidang. Lazimnya, mereka yang datang secara beramai-ramai dan ingin merasakan menikmati makanan seperti suasana di rumah akan memilih makan secara berhidang.
Bagi yang ingin mengejar waktu, khususnya pekerja yang keluar rehat untuk makan tengah hari, lebih sesuai memilih secara layan diri.
Madrosham yang berpengalaman dalam bidang perniagaan berkata, ilham membuka restoran itu tercetus beberapa tahun lalu apabila menjadi pelanggan tetap di sebuah restoran di ibu negara yang menjual menu istimewa hidangan ayam kampung menyebabkan lama kelamaan turut tertarik, mencuba perniagaan sedemikian.
Hidangan ayam kampung mempunyai ramai peminat daripada pelbagai bangsa walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding ayam daging, bagaimanapun pelanggan tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit untuk memenuhi selera mereka.
''Lebih kurang tujuh tahun juga saya menjadi pelanggan tetap di situ. Lalu, saya terfikir mengapa tidak cuba mengembang perniagaan lain dan membuka restoran sendiri kerana keluarga saya sendiri memang pernah berniaga makanan," jelasnya.
Berhati-hati merangka strategi, lantas dia mendapatkan khidmat tukang masak berpengalaman bagi memastikan pelanggan sentiasa terbuka selera untuk datang ke restoran ini dengan masakan disediakan.
Katanya, restoran dua tingkat itu turut menyediakan ruang untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis keramaian atau jamuan makan. Pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat itu tidak perlu membayar sewa ruang disediakan, sebaliknya hanya membayar pesanan untuk harga makanan saja.
Bahagian atas tingkat dua restoran ini yang lengkap dengan pendingin hawa, dikhususkan untuk pelanggan jika ingin mengadakan sebarang majlis atau acara tertentu. Ruang atas agak luas dan boleh menempatkan 200 orang, jadi tiada masalah untuk tujuan berkenaan.
Restoran itu juga mampu memenuhi sebarang tempahan dengan menghubungi Mat di talian 012-9550574 atau 017-3995994 (Remy)Mee Udang
Ingredients:
1 kilo Mi Kuning - dicelur
1 kilo Udang Basah - saiz sederhana (lagi banyak lagi manis dan sedap kuah tu nanti)
3 sudumkn Sos Cili
3 sudumkn Sos Tomato
Sawi - dicelur dgn air panas dan titikkan sedikit sesame oil.
Taugeh (ku tak pakai ni, lupa beli)
Gula/Garam - secukup rasa
Bahan Kisar :-
===========
Segenggam Cili Kering
1½ biji Bawang besar
3-4 ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
Bahan Hiasan :-
============
Bawang Goreng
Cili Padi
Daun Sop/Daun Bawang (again, lupa nak beli so tak pakai lah)
Fiskcake
Limau Kasturi - optional
Directions:
1) Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya, asingkan ketepi. Kopek kulit udang dan ketepikan udang.
2) Ambil kepala udang dan kisar. Ambil air kepala udang tadi dan satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
4) Setelah naik baunya, masukkan air rebusan udang tadi.
5) Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula.
Cara Hidangan :-
=============
Masukkan mi kuning, sawi dan taugeh kedalam mangkuk. Tuangkan brape byk kuah yg dikehendaki. Tabur bahan hiasan dan hidang.
Sumber: http://laasiliyah.multiply.com/recipes/item/58/Mi_Udang_Prawn_Mee
PUDING KASTARD JAGUNG
Sumber : elianas FP (Ana)
Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk & bolehlah dipotong.
BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Chef Azimah Mansor (ambil dari FP Kak Rinn)-http://mamawandiha.fotopages.com/
Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor (MaDiHa guna 130gm )
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin (setengah tin jer nih.. lebih tu bleh buat kuih lain lak )
Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180/175 darj celcius selama lebih-kurang sejam.
Biskut Semperit
Sumber: Maklang Azie http://mamawandiha.fotopages.com/
Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat... (MaDiHa guna ceri)
Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (MaDiHa bakar 10-12 min jer)
CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Kak Misliha
Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur
Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate
Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional
TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter
Cara-cara:
1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada
oven masing-masing.
Selamat mencuba