Bahan-bahan:
130 gm labu kuning
100 gm keledek kuning
40 gm tepung kastard
400 ml air
400 ml susu cair
11 g serbuk agar-agar/ 1 peket halal gel ( kacau dengan air panas sebelum dicampurkan)
140 gm gula pasir
1 camca vanilla..
Cara membuatnya:
1. Rebus labu dan keledek, kemudian lecek hingga halus.
2. Larutkan tepung kastard dengan sedikit air.
3. Satukan semula bahan kecuali labu dan keledek dalam periuk dan masak ikut kepanasan yang sesuai.
4. Kacau dalam periuk hingga pekat.
5. Masukkan labu dan keledek, kacau 1 minit lagi.
6.Tuangkan ke dalam acuan puding yang sudah dibasahkan dengan air.
7. Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Sumber: Zainora Japar.
Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
9 years ago
0 comments:
Post a Comment