Powered by Blogger.

Followers

Kuih Bakar Hijau

Bahan-bahan

  1. 1 mangkuk tepung gandum
  2. 1 mangkuk gula
  3. 1 mangkuk telur
  4. 1 ½ cawan santan
  5. 7 helai daun pandan
  6. sedikit bijan
  7. sedikit minyak sapi

Cara-cara
  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Mesin santan bersama daun pandan kemudian tapis.
  3. Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan santan.
  4. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga rata.
  5. Panaskan acuan yang disapu minyak dalam ketuhar.
  6. Tuangkan adunan dalam acuan dan taburkan bijan.
  7. Bakar hingga masak dengan menggunakan api bawah dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit.

Onde-onde Keledek

Bahan-bahan:

  1. 600g keledek (direbus dengan daun pandan, dikupas dan dilecek)
  2. 4 helai daun pandan (ditembuk dan diperah airnya)
  3. 4 susu makan penuh tepung gandum
  4. 1 ketul gula melaka (dikikis)
  5. 230g kelapa parut dibuang kulit
  6. 1 sudu teh garam (digaul dengan kelapa)


Cara-cara:

  1. Titiskan air perahan dari daun
  2. pandan itu pada keledek lecek dan adunkan.
  3. Campur tepung, sedikit garam dan adun lagi hingga sebati.
  4. Ambil sedikit adunan itu, leperkan dan letakkan sedikit gula Melaka di tengahnya.
  5. Bentukkan bulat-bulat.
  6. Jerang air sehingga mendidih.
  7. Masukkan kuih tadi satu-persatu.
  8. Setelah timbul, angkat dan toskan, kemuduan selaput kuih itu dengan kelapa parut.

Puding Kastard Jagung

Bahan-bahan :

  • 1/2 tin tepung castard (Bird's Nest)
  • 1 susu makan tepung jagung
  • 1 tin susu cair Carnation
  • 1 tin cream style jagung
  • 1 biji kelapa parut dikupas kulit (ambil santan sukatan tin jagung sebanyak 2 tin)
  • gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
  • Masak diatas api yang sederhana dan hendaklah sentiasa kacau supaya ia tidak bergentel.
  • Setelah adunannya meletup-letup sedikit, bolehlah diangkat dan tuangkan di dalam loyang.

Kuih Tako

Bahan-bahannya untuk lapisan bawah:-

1 bungkus tepung hon kwee (tepung
yang dalam paket macam sagun, ada
berbagai warna, so pilih warna hijau)
4 tin air (gunakan tin jagung)
1 cawan gula
1 tin kecil jagung whole kernel - bukan
jagung berkrim

Bahan untuk lapisan atas:-

4 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
4 sudu besar tepung jagung
1 camt gula

Hiasan:-

½ kg sengkuang cina - dipotong dadu

Cara membuatnya:-

  • Letakkan sengkuang cina ke dalam acuan yang telah diperbuat dari daun Pandan bentuk empat segi.
  • Untuk lapisan bawah:
  • campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang dibuat dengan daun pandan.
  • Kemudian buat lapisan bawah pulak...masukkan santan, tepung jagung dan garam ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
  • Kemudian tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Apabila telah siap sejukkan dan simpan dalam peti ais...hmm sungguh sedap...

Almond London

Bahan-bahan:

230 gm butter

310 gm tepung gandum

30 gm susu tepung

¾ cawan gula halus

25 gm emplek

1 biji kuning telur

1 sudu teh butter oil

Cara-cara membuat coklat:

Sekeping coklat bar

¾ buttercup

1 cawan susu segar / UHT

  1. Masak air dalam kuali. Alaskan dengan alas periuk. Letakkan periuk di atasnya.
  2. Masukkan butter dan cairkan.
  3. Masukkan coklat. Kacau hingga cair.
  4. Masukkan susu.
  5. Biarkan periuk sentiasa dalam keadaan double boiling semasa mencelup coklat.